Al-Hadi TV

"Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga" (Maksud Hadith - Muslim)
image
arrow-down

Faedah Menyertai Portal Pembelajaran Al-Hadi TV

Langgan sambil beramal. Yuran langganan anda berfungsi sebagai satu bentuk infaq untuk membantu Akademi kami. Dengan bantuan anda, kami dapat meneruskan usaha Dakwah untuk berkhidmat kepada masyarakat Islam
Sesuai untuk lelaki dan wanita dewasa
Belajar mengikut kesesuaian masa masing-masing. Oleh itu, amat sesuai untuk mereka yang bekerja 'shift', suri rumahtangga serta golongan yang perlu untuk berada di rumah atas pelbagai sebab.
Pelajar boleh bertanyakan soalan dan dapatkan jawapannya oleh guru.
Sesuai juga untuk pelajar yang 'introvert' atau pemalu untuk mendalami ilmu agama.
Meningkatkan kefahaman pelajar dengan adanya kuiz (untuk sebahagian kursus).
Portal Mesra Keluarga. Tidak seperti Youtube, tumpuan pelajar akan tertumpu pada pelajaran dan tidak diganggu dengan menonton video atau iklan yang lain.
e-Sijil diberikan apabila pelajar selesai kursus tersebut. (Sijil 'hardcopy' boleh juga didapatkan dengan bayaran tambahan yang berpatutan)

Guru

zaiem

Za'iem Al-Hadi Bin Sallim

Pengasas

Pengasas Al-Hadi Academy & CeramahIslam.com
Pembelajaran Formal:
  • B.A (Hons) Pengajian Islam (Shari'ah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Dip. Shari'ah Islamiyyah, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

  • Dip. in Business, Temasek Polytechnic

  • Sijil Tahfiz 30-Juzuk, Darul Quran Singapore

Pembelajaran Informal:
  • Sanad Bacaan & Hafalan 30 Juzu’ (Riwayah Hafs) oleh Dr. Ibrahim Mansour (University of Al-Azhar, Egypt) - melalui dalam talian, Zoom.

  • Belajar daripada asatizah tempatan, terutama dengan ayahnya, Ustaz Sallim Bin Jasman, serta Ustaz Dr. Firdaus Bin Yahya, Ustaz Dr. Jumadi Bin Mustar dan al-Marhum Ustaz Syed Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri.

  • Belajar rawatan Islam dengan Ustaz Dr. Jumadi Mustar; Ruqyah Syar'iyyah dan mendapat keizinan untuk merawat dan mengajar dalam bidang tersebut.

  • Belajar bahasa Arab di Mesir (Markaz Diwan, Markaz Al-Fajr dan secara privet)

  • Belajar secara langsung dengan Sheikh Dr. Muhammad Syed Sufti (bekas pensyarah di Universiti Al-Azhar dan di Saudi Arabia) buat seketika, dalam bidang Fiqh dan Adab.

  • Masih belajar/talaqqi secara privet melalui dalam talian dengan Dr. Ahmad Sobir El-Darawi (Phd Syariah, Al-Azhar)

FAQ

Berapakah yuran langganan?

Anda mempunyai dua pilihan. Anda boleh mendaftar untuk kursus tertentu sahaja, atau mendaftar untuk pelan 'Full Membership' untuk mendapat akses kepada semua kursus yang tersedia.

‘Full Membership’ hanya berharga S$29.95/bln (infaq $1/hari), atau $252/thn (diskaun 30% untuk bayaran tahunan).

Langganan anda akan membantu kami mengekalkan kos operasi pusat pembelajaran kami yang tinggi.

Dengan hanya satu akaun itu, seluruh keluarga terdekat anda (immediate family members) boleh mengakses akaun tersebut. Anda boleh membatalkan langganan ini pada bila-bila masa anda mahu.

Bolehkah saya buat sekali bayaran sahaja?

Jika anda pilih kursus-kursus tertentu sahaja secara individu, harganya memang untuk sekali bayaran sahaja (atau pecahan untuk beberapa bulan).

Untuk pelan ‘Full Membership’, ia adalah secara bulanan (atau tahunan), namun boleh batalkan langganan tersebut pada bila-bila masa.

Adakah terdapat waktu percubaan (trial)?

Pada masa ini, kami tidak menawarkan sebarang bentuk percubaan (trial). Anda boleh langgan dan batalkan langganan anda dalam masa bulan yang pertama untuk mencuba dahulu. Sila hubungi kami melalui WhatsApp di +65 97755552 untuk pilihan ini.

Jika saya ada kemusykilan atau soalan, bolehkah saya bertanya soalan?

Ya! Pelajar boleh bertanya soalan secara langsung di bahagian mukasurat setiap pelajaran. Para pelajar ‘Full Membership’ boleh juga bertanya di bahagian papan mesej (message boards).

Apakah bahasa perantaraan bagi kursus-kursus tersebut?

Buat masa ini, hanya terdapat kursus dalam bahasa Melayu. Namun para pelajar bebas bertanya soalan dalam bahasa Inggeris jika mahu.

Bolehkah kami kongsi kata laluan akaun dengan ahli keluarga kami?

Ya. Pemilik akaun boleh berkongsi akses kepada ahli keluarganya yang terdekat sahaja (immediate family members).

Adakah buku-buku kursus disediakan sekali?

Ya, buku-buku yang digunakan dalam kursus kami akan diberikan dalam bentuk pdf (versi softcopy), sekiranya ia adalah buku terbitan Akademi kami sendiri.

Namun, jika bukunya itu adalah terbitan syarikat lain, kami akan berikan pautannya untuk pelajar membelinya secara online, jika mereka berminat.

Bagaimanakah cara pembayarannya?

Untuk ‘online payment’ Untuk mendapat akses secara langsung, kad kredit, kad debit dan PayPal boleh digunakan.

Untuk ‘offline payment’ Kami menerima pembayaran melalui pindahan wang melalui bank, termasuk PayNow. Harap hubungi kami melalui WhatsApp di talian +65 97755552.

Bolehkah saya infaq lebih banyak dari jumlah yang tertera setiap bulan?

Ya sudah tentu. Beberapa pelajar kami sedang menginfaq secara sukarela dengan jumlah yang lebih tinggi dari jumlah asal (sehingga $99.95/bulan). Jika anda ingin infaq lebih, sila beritahu kami melalui WhatsApp pada talian +65 97755552.

Pilihan 1: 
Daftar untuk kursus tertentu secara individu

Klik pada kursus masing-masing di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursusnya dan daftar menggunakan butang pembayaran yang terdapat pada halaman tersebut.

Pilihan 2:
Langganan 'Full Membership'

- Akses Kepada Semua Kursus Dalam Portal Ini
all courses
Langganan anda juga berfungsi sebagai satu bentuk bantuan 'Infaq' untuk membantu kami mengekalkan perbelanjaan operasi pusat pembelajaran kami. Anda boleh berkongsi maklumat log masuk anda dengan ahli keluarga terdekat anda sahaja. Semua harga adalah dalam dolar Singapura.
Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741