Fiqh Darah Wanita

Antara perkara-perkara yang akan dipelajari ialah pengertian haid, istihadhah dan nifas, mengenali ciri-cirinya, cara-cara untuk membezakan antara darah haid dan istihadhah contoh-contoh perkiraan hari bagi menentukan jenis darah dan lain-lain lagi.

Sinopsis Kursus

Terbuka untuk wanita & lelaki!

Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat Islam kita ialah permasalahan mengenai darah haid, istihadhah dan nifas.
Ia adalah tajuk yang sangat penting dan wajib diberikan perhatian yang sangat teliti sebab ia bersangkut paut dengan masalah ibadah seharian.
Walaupun ianya adalah perkara yang dihadapi oleh wanita, namun sebagai suami atau ayah yang mempunyai isteri atau anak perempuan, adalah menjadi tanggungjawab bagi kaum lelaki untuk memastikan bahawa isteri dan anak-anak perempuan mereka mendapat pendidikan secukupnya di dalam agama, termasuk di dalam bab darah wanita (fardhu kifayah bagi lelaki untuk belajar & fardhu ‘ain untuk setiap wanita belajar)
Sebahagian golongan wanita mengambil sikap sambil lewa dan hanya “mengagak-agak” sahaja di menentukan waktu haid atau istihadhah mereka masing-masing. Sebahagian pula rasa malu untuk mempelajari bab ini.
Sehubungan itu, Al-Hadi Academy mengambil pendekatan untuk memudahkan golongan wanita & lelaki mempelajari bab yang amat penting ini.
Bagi para ibu, bapa dan suami yang meyakini bahawa isteri atau anak-anak perempuan mereka masih belum begitu faham dalam permasalahan ini, harap dapat menghantar mereka untuk mempelajari salah satu bab dari ilmu fardhu ‘ain.
Antara perkara-perkara yang akan dipelajari ialah:
  • Pengertian haid, istihadhah & nifas

  • Mengenali ciri-cirinya

  • Cara-cara untuk membezakan antara darah haid & istihadhah

  • Contoh-contoh perkiraan hari bagi menentukan jenis darah

  • Hukum-hakam yang terikat dengan darah tersebut

dan lain-lain lagi..

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

2 lessons
3 hours of video content
e-Book included

Option 1: Enrol In This Course Only

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of the course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

Option 2: Unlock Full Membership Benefits By Contributing Infaq of Just $1/day

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741